Aksi pengadil dari Jepun dapat pujian peminat bolasepak tempatan

Dalam perlawanan bolasepak, selain daripada dua pasukan yang bertanding, empat pengadil perlawanan juga memainkan peranan yang cukup penting bagi memastikan kelancaran perlawanan. Bagi perlawanan yang mempunyai kepentingan tinggi seperti perlawanan akhir, menta1 yang kuat juga diperlukan oleh seorang pengadil perlawanan.

Inilah yang dapat dilihat pada perlawanan akhir Piala FA di antara Kedah dan Perak semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggunakan khidmat pengadil Jepun, Takuto Okabe dan dua rakan senegaranya Akane Yagi dan Osamu Namura serta dibantu pengadil tempatan Razlan Joffri Ali telah menerima pujian peminat bolasepak tempatan ketika perlawanan berlangsung semalam.

Melihat di media sosial, ramai nampaknya menghamburkan pujian kepada kumpulan pengadil ‘import’ ini yang telah melaksanakan tugas dengan baik sekali.

Dalam perlawanan yang berlangsung semalam, Takuto Okabe telah menunjukkan ketegasannya sambil dibantu rakan sejawat bagi mengawal perlawanan. Beberapa kad kuning dilayangkan sebagai am4ran kepada pemain, tetapi dia terpaksa melayangkan kad merah kepada pemain bek Perak, Amirul Azhan selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kedua di hujung perlawanan.

Perlawanan akhir Piala FA dimenangi oleh pasukan Kedah, selepas pemain gantian, Fadzrul Danel menjaringkan gol tunggal perlawanan di separuh pertama masa tambahan sekaligus menghadiahkan kemenangan 1-0 buat skuad Lang Merah.

 

Kredit foto: Malaysia Football League

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*