Alves cari kerja baharu

PARIS – Dani Alves menggambarkan dirinya sedang mencari pelbagai pekerjaan baharu selepas tidak memiliki sebarang kontrak dengan mana-mana kelab ketika ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

!!Vamos que vamos!!

A post shared by DanialvesD2 My Twitter (@danialves) on

Pemain pertahanan Brazil yang sedang mencari kelab baharu musim hadapan memuat naik beberapa gambar dia melakukan pelbagai pekerjaan.

Antara pekerjaan itu termasuk penyelamat pantai, tukang kebun, pemandu teksi dan juruwang di kedai serbaneka.

Pemain berusia 36 tahun itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjadi pengawal keselamatan kerana dia memuat naik gambarnya sedang tidur sambil memakai seragam keselamatan.

“Mari tanam tumbuhan yang baik, jual barang-barang berkualiti, makan makanan berkhasiat, berenang di lautan dan raih kebaikan daripada semua itu. Selebihnya biarkan ia menjadi cerita,” kata Alves menerusi tulisan di dalam Isntagram miliknya.

Sejak tamat kontrak bersama PSG hujung musim lalu, Alves kini sedang mencari cabaran baharu dan bekas bintang Barcelona itu tidak berhasrat untuk bersara bagi menjalani kehidupan seperti orang biasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  AGENSI via UTUSANONLINE / IG @danialves

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*