Wajarkah J. Parthiban diberi peluang sarung jersi Harimau Malaya?

Perak mungkin tewas dalam perlawanan akhir Piala FA pada hari Sabtu lalu kepada Kedah dan membuatkan mereka terus kempunan menjulang trofi tersebut.

Tetapi melihat kepada perlawanan tersebut, pasti ramai yang melihat Perak sebenarnya beraksi lebih baik dan mampu menang berdasarkan percubaan yang mereka lakukan, cuma kehebatan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal yang membuatkan mereka sukar menjaringkan gol.

Daripada semua pemain yang beraksi di perlawanan akhir itu untuk Perak, satu pemain yang telah berjaya mencur1 tumpuan penyokong yang menyaksikan perlawanan tersebut adalah pemain sayap kanan Perak, J. Parthiban.

Kelincahan pemain berusia 27 tahun ini telah berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan Kedah terutamanya di separuh masa kedua. Peminat bolasepak yang menonton perlawanan merasa kagum melihat aksinya dan berharap dia akan dapat menarik minat ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk cuba memberikannya peluang.

Parthiban pada musim ini telah beraksi dalam 17 perlawanan untuk Perak dan menjaringkan dua gol. Biarpun sumbangannya dari segi jaringan tidak begitu banyak, tetapi Parthiban cukup penting untuk membuka pertahanan lawan dan membantu penyer4ng menjaringkan gol.

Sumbangan Parthiban dalam aksi separuh akhir kedua di Ipoh tidak dapat dinafikan. Kelincahannya sukar dibendung oleh Pahang dan dia sendiri berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut di mana Perak berjaya bangkit daripada kekalahan di separuh akhir pertama untuk menang 3-0 di Ipoh sekaligus melayakkan diri ke pentas akhir dengan agregat 4-3.

Dalam skuad kebangsaan buat masa ini, Parthiban mungkin perlu bersaing dengan pemain seperti Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh yang cukup cemerlang bersama pasukan negeri dan pasukan kebangsaan. Tetapi jika Parthiban mampu meneruskan rentak cemerlangnya dalam kancah Piala Malaysia, tidak mustahil dia boleh terpilih untuk aksi kelayakan Piala Dunia nanti.

Parthiban memberikan pilihan yang berbeza berbanding Safawi dan Sumareh. Corak permainan Parthiban lebih menggunakan kelajuan dan keutamaannya adalah membantu penyer4ng menjaringkan gol. Stamina tinggi juga dimiliki oleh pemain kelahiran Ipoh ini dengan dia mampu mengekalkan kelajuannya biarpun sudah beraksi lebih 90 minit dalam perlawanan.

Aksi pertama Harimau Malaya adalah pada 5 September nanti berdepan Indonesia. Sebelum perlawanan itu, Perak mempunyai tiga perlawanan Piala Malaysia yang perlu dilalui. Siapa tahu jika Parthiban mampu memikat Tan Cheng Hoe dalam tiga perlawanan tersebut dan dia akan diberi peluang beraksi menentang musvh ketat skuad negara pada bulan September nanti.

 

Kredit foto: Perak The Bos Gaurus

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*