‘Beri peluang kepada pengadil tempatan’ – Shahrul punya pandangan yang tersendiri.

KUALA LUMPUR – Walaupun majoriti penyokong bola sepak memuji mutu pengadilan perlawanan akhir Piala FA di antara Perak menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, namun, kapten Perak, Shahrul Mohd. Saad mempunyai pandangan yang tersendiri.

Bagi pemain pertahanan tersebut, dia lebih gemar sekiranya aksi final seperti itu menggunakan tenaga pengadil tempatan berbanding luar kerana Shahrul percaya individu yang diberi tanggungjawab untuk mengadili perlawanan berprofil tinggi seperti itu boleh mendapat banyak pengalaman.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan mutu pengadilan yang diterjemahkan oleh pengadil dari Jepun, Okabe Takuto yang dibantu dua rakan senegaranya, Yagi Akane dan Nomura Osamu.

“Bagi saya, pengadil sama sahaja, tetapi saya lebih suka sekiranya pengadil tempatan yang mengadili perlawanan final seperti ini kerana sudah tentu ianya disaksikan ribuan penyokong.

“Pengadil kitapun dapat pengalaman yang bagus jika mengadili perlawanan final macam ini dan daripada situ kita harap boleh membantu pengadil untuk masa akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tambahnya, walaupun Perak gagal membawa pulang trofi Piala FA selepas tunduk 0-1 kepada Kedah, namun, Shahrul tetap berpuas hati dengan persembahan rakan pasukan dan mereka akan mengalihkan fokus kepada kempen Piala Malaysia yang membuka tirai awal Ogos ini.

Sementara itu, pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan meluahkan kekecewaannya selepas menerima kad kuning kedua ekoran melakukan terjahan keras terhadap Azammuddin Mohd Akil sekali gus membuka peluang kepada Kedah untuk menjaringkan gol menerusi percubaan Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam.

“Ya, memang kelebihan kepada Kedah selepas saya dilayangkan kad merah kerana selepas itu Kedah lebih banyak menyer4ang. Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan tindakan pengadil yang tidak memberi peringatan sebelum membuat tindakan untuk memberi kad kuning kedua kepada saya.

“Saya lihat, pengadil luar mereka lebih tegas dengan tindakan yang diambil,” katanya yang turut memohon maaf kepada penyokong Perak kerana gagal menamatkan kemarau Piala FA selama 15 tahun. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*