Real Madrid Batalkan Perpindahan Gareth Bale Ke China, Buat U-Turn Pada Saat-Saat Akhir

Perpindahan Gareth Bale ke China tidak menjadi kenyataan setelah ianya dibatalkan oleh Real Madrid pada saat-saat akhir.

Ini juga bermakna pemain sayap antarabangsa Wales itu akan kembali ke Estadio Santiago Bernabeu untuk musim akan datang.

Pemain berusia 30 tahun itu pada mulanya dicanang akan menyertai kelab Liga Super China, Jiangsu Suning dengan tawaran kontrak selama tiga tahun.

Laporan juga menyebut Bale akan menerima £1 juta seminggu daripada perjanjian tersebut.

Tidak dapat dipastikan apakah perancangan sebenar Real Madrid terhadap Bale setelah sebelum itu Zinedine Zidane amat yakin pemain tersebut akan meninggalkan kem Los Blancos dalam masa terdekat.

Ini kerana Real Madrid sendiri kini sudah kehilangan Marco Asensio untuk majoriti kempen musim hadapan akibat keceder4an ligamen di bahagian lutut.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Bale tiba Di China jadi tanda tanya adakah beliau benar-benar tingggalkan Real

Sebelum ini pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane berkata bekas pemain sayap Tottenham Hotspur itu ‘sangat hampir’ untuk meninggalkan Los Blancos, setelah Bale tidak diturunkan untuk perlawanan persahabatan kepada Bayern Munich.

Malah Zidane menganggap kenyataannya itu adalah langkah terbaik untuk semua pihak.

Walaupun Bale diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan seterusnya ketika menentang Arsenal, Zidane menganggap ia tidak mengubah sebarang pendirian yang telah diberikan sebelum ini.

Bale turut beraksi dari bangku pemain simpanan ketika Real dibelasah 7-3 oleh Atletico Madrid baru-baru ini – yang seakan-akan penampilan terakhir pemain itu sebagai pemain Los Blancos.

Bale menyertai Real dari Tottenham pada 2013 dengan nilai perpindahan rekod dunia £85 juta pada ketika itu.

Pemain tersebut masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun di Bernabeu, dan dalam tempoh tersebut telah menjuarai satu kejuaraan La Liga, empat kejuaraan Champions League, tiga UEFA Super Cup dan tiga kejuaraan kelab dunia.

Masalah keceder4an turut menghantu1 pemain tersebut sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*