Arsenal sah ikat Pepe

LONDON – Nicolas Pepe boleh dikatakan sah menjadi milik Arsenal selepas melakukan perpindahan sensasi bernilai 72 juta pound (RM361 juta) dari Lille meskipun kelab dari London itu belum membuat pengumuman rasmi.

Arsenal dijangka mengumumkan pemain termahal dalam sejarah kelab itu pada masa terdekat bagaimanapun rakaman video Pepe memakai jersi The Gunners ketika sesi fotografi telah pun viral di media sosial.

Petang semalam, satu rakaman video pendek tular di media sosial yang menyaksikan Pepe memakai jersi baharu Arsenal.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain keempat menyertai Arsenal selepas Dani Ceballos, William Saliba dan Gabriel Martinelli. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*