LONDON – Paulo Dybala akan bertemu pengendali Juventus, Maurizio Sarri hari ini untuk memutuskan mengenai masa depannya di Turin, dan Manchester United dikatakan mengikuti rapat perkembangan bintang penyer4ng Argentina itu.
Bagaimanapun akhbar Itali, Corriere dello Sport melaporkan, Dybala tiada niat langsung untuk berpindah ke Old Trafford, sebaliknya fokus mungkin terarah ke Itali selepas Ketua Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta mengorak langkah saat akhir untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke San Siro.
Marotta dikatakan menawarkan Mauro Icardi sebagai pertukaran kerana penyer4ng Argentina itu antara pemain ‘paling diminati’ oleh Sarri.
Menurut Corriere dello Sport, beberapa rundingan saat akhir akan meyakinkan Dybala untuk menolak tawaran United, sebaliknya kekal beraksi dalam Serie A.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : AGENSI via BH
Leave a Reply