Malaysia Mudah Atasi Australia 3-0

Skuad muda Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam aksi Piala AFF B-15. Kali ini pasuka Socceroos menjadi m4ngsa. Malaysia menang 3-0 dalam aksi ke-3 berhadapan dengan Australia. Sebelum ini Malaysia menang 8-0 ke atas Brunei dan kemudiannya menang 2-0 ke atas Kemboja.

Dalam aksi menent4ng Australia, gol-gol kemenangan Malaysia disumbangkan oleh Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar pada minit ke-3 menerusi sepakan penalti.

Seterusnya gol kedua pada minit ke-28 oleh Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin. Pada separuh masa kedua Muhammad Izrin Ibrahim (minit ke-70) memastikan Malaysia menutup rapat harapan Australia untuk bangkit dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini bermakna Malaysia – yang dibimbing oleh P. Maniam – berada di puncak kumpulan B dengan sempurna setakat ini. 3 kemenangan daripada 3 perlawanan. Ini mencerahkan harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir.

Hal ini kerana, Australia merupakan antara halangan utama Malaysia selain daripada Thailand, dalam kumpulan B ini.

Lebih meyakinkan apabila, setakat ini Malaysia sudah menjaringkan 13 gol dan masih belum dibolosi.

Juara dan naib juara kumpulan akan beraksi dalam separuh akhir pada 7 Ogos ini.

 

Ketua jurulatih Australia bawah 15 tahun (B-15), Trevor Morgan memuji aksi Malaysia B-15 yang berjaya melakarkan kemenangan ke atas pasukannya dalam perlawanan ke-3 peringkat Kumpulan B saingan Kejuaraan AFF B-15, petang tadi.

Aksi yang berkesudahan dengan keputusan 3-0 itu hasil jaringan Muhammad Daniel Edzuan,  Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin dan Muhammad Izrin Ibrahim masing-masing pada minit ke-4, ke-27 dan ke-70 permainan.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Trevor menyifatkan ianya satu pengalaman berguna kepada anak-anak didiknya dan kini mereka menantikan perlawanan seterusnya menentang pasukan Thailand yang dijadualkan pada 3 Ogos kelak.

“Perlawanan yang baik untuk kami, Malaysia melakukan persediaan dengan baik. Banyak yang dapat kami pelajari daripada perlawanan ini,” kata Trevor Morgan selepas perlawanan tadi.


Ketua jurulatih Malaysia B-15, P. Maniam

Sementara itu, ketua jurulatih Malaysia B-15, P. Maniam tersenyum puas dengan aksi anak-anak buahnya. Namun beliau dilihat mahu mengalihkan tumpuan kepada perlawanan berikutnya menent4ng pasukan Laos pada hari sabtu ini.

“Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia B-15, mereka berhak untuk menang dengan keputusan 3-0 kerana kerja keras, semangat melaw4n dengan memberikan tekanan, menunjukkan kami mempunyai kualiti untuk membina permainan tetapi semuanya masih lagi awal. Kami perlu memberikan fokus kepada perlawanan berikutnya.

“Sebagai jurulatih dan barisan kejurulatihan yang lain, kami sangat berbangga dengan pemain-pemain B-15 ini. Walaupun mereka tidak memberikan persembahan paling baik tetapi kami nampak motivasi dan semangat mereka. Mereka ada di serata padang, kita dapat lihat karakter sebenar mereka di atas padang.” ujarnya.

Foto: AFF

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola / FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*