Hanya kerana butiran kecil ini Maguire terhalang ke Old Trafford dengan segera

LONDON – Proses perpindahan Harry Maguire ke Manchester United kini sedikit terganggu hanya disebabkan beberapa butiran kecil yang belum diselesaikan.

Perkara tersebut didedahkan oleh pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang percaya urusan berkenaan mampu diselesaikan dalam masa terdekat ini bagi membawa pemain itu ke Old Trafford daripada Leicester City.

“Saya harap ia dapat diselesaikan agar dia boleh terus beraksi untuk kami.

“Kami amat berharap segala butiran terakhir akan dapat dilaksanakan supaya kami dapat mengumumkan penyertaan pemain itu dengan segera,” katanya.

Ketika ini Maguire dilaporkan bakal menjadi pertahanan termahal dalam sejarah dengan harga sejumlah 80 juta pound (RM404 juta) melepasi yuran perpindahan Virgil van Dijk berjumlah 75 juta pound (RM379 juta) sewaktu menyertai Liverpool daripada Southampton pada Januari 2018. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Agensi via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*