Kean sah milik Everton

LONDON – Everton menandatangani penyer4ng muda Juventus, Moise Kean dengan kontrak lima tahun.

Pemain kebangsaan Itali berusia 19 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dalam 21 perlawanan bersama Juventus dan meled4k tiga gol ketika bersama Itali.

Kean kini menjadi pemain kelima yang ditandatangani oleh Everton pada musim ini namun kelab berkenaan enggan mendedahkan jumlah yuran perpindahan pemain berkenaan.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat menyarung jersi Everton.

“Saya juga berazam untuk memberikan yang terbaik buat pasukan ini.

“Keputusan untuk bersama Everton dibuat kerana yakin dengan potensi kelab ini dalam masa sama memandang ke hadapan untuk membina karier bola sepak saya,” kata Kean.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*