Nasib Tidak Menyebelahi Hafizh Syahrin, Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Pelumba Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan pusingan ke sepuluh saingan MotoGP di Brno, Republik Czech selepas terjatuh ketika perlumbaan berbaki 14 pusingan sahaja lagi.

Hafizh yang baru-baru ini diumumkan tidak akan disambung kontrak untuk saingan musim  hadapan bermula dengan agak baik dalam perlumbaan yang berlangsung pada Ahad dan berjaya meloloskan diri sehingga ke kedudukan ke 16 walaupun bermula jauh dari belakang.

Walaubagaimanapun, rentak tunggangan cemerlang pelumba itu dalam mengejar mata untuk baki saingan musim ini menemui jalan buntu selepas beliau terjatuh di selekoh ke 10 sekaligus gagal untuk menamatkan perlumbaan kali ini.

Ins1den tersebut juga menyaksikan ini adalah ‘DNF’ (Tidak Berjaya Menamatkan Perlumbaan) yang ketiga buat pelumba berusia 25 tahun dari Malaysia itu dalam saingan musim ini bersama jentera KTM RC16 miliknya.

Setakat perlumbaan kali ini, pelumba yang hampir merangkul gelaran ‘Rookie of The Year’ dalam saingan musim lalu itu hanya mengutip tiga mata sahaja dan rekod gagal menamatkan perlumbaan juga sudah melepasi apa yang dicatatkan pada musim lalu dimana pada musim 2018 beliau hanya gagal menamatkan perlumbaan sebanyak dua kali sahaja.

Malah, kutipan mata Hafizh pada musim ini juga menurun secara drastik berbeza dengan persembahannya bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 musim lalu dimana beliau mengumpul sebanyak 24 mata selepas 10 perlumbaan.

Untuk rekod, dalam perlumbaan musim lalu di litar yang sama, Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 14 dan mengutip dua mata berharga.

Dalam perkembangan sama, perlumbaan kali ini dimenangi oleh pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan turut disertai Andrea Dovizioso dan juga Jack Miller di podium.

Manakala rakan sepasukan Hafizh di Tech3, Miguel Oliveira pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 13.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*