Lupakan sahaja F30 mahupun Next50, ini sebabnya Azham Ismail berkata sedemikian

Lupakan sahaja misi F:30 mahupun Next50 kerana industri bolasepak negara ini sedang dalam keadaan yang cukup ten4t, atau tidak lagi mapan untuk bergerak sebagai sebuah industri.

Demikian pendapat Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail.

Izham menjelaskan faktor utama beliau berpendapat sedemikian adalah disebabkan kegagalan atau lebih tepat keengganan pasukan-pasukan di Liga Malaysia menyelesaikan hutang tunggakan gaji kepada para pemain, meskipun kebanyakkannya sudah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Apa yang lebih mengejutkan, Izham mendedahkan jumlah tunggakan bagi k3s yang dilaporkan sahaja adalah RM6.4 JUTA dan tiada jaminan bahawa ianya akan dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

“Ada yang masih sedang menunggu tarikh perdengaran k3s. Jumlah ini tidak termasuk jumlah tunggakan potongan LHDN, caruman KWSP dan caruman PERKESO. Jumlah tunggakan secara keseluruhan dijangka akan bertambah memandangkan ketika ini masih ada lagi aduan yang sedang diproses oleh PFAM untuk difailkan ke Jawatankuasa Status FAM.

“PFAM amat kec3wa, memandangkan sebelum ini pasukan menggunakan alasan sedang menunggu wang geran hak penyiaran daripada MFL untuk menyelesaikan hutang, namun begitu setelah MFL membuat pengumuman bahawa wang sudah diberikan, pasukan-pasukan seperti Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang sekadar berdiam diri dan masih tidak membuat bayaran seperti yang dijanjikan,” ujar Izham.

Tambah Izham, terdapat juga pasukan yang sudah membuat perjanjian untuk bayaran secara berperingkat kepada pemain, namun pada akhirnya masih melanggar perjanjian tersebut seperti pasukan ATM, PDRM dan Felda United FC.

Izham juga khuatir nasib para pemain daripada pasukan-pasukan yang sudah ditutup terus terpinggir dan tidak terbela.

“Pemain-pemain Perlis, TCFC, Hanelang, Kuantan FA dan Marcerra United terus berada dalam keadaan yang tidak menentu, kerana kelompongan struktur sedia ada yang tidak memberi sebarang jaminan terhadap nasib para pemain ini.

“PFAM menyeru perhatian Kerajaan Negeri – jika ini langkah terakhir- untuk tampil memberikan bantuan berhubung perkara ini. Lihatlah ia sebagai 1su rakyat, dan bukan sekadar masalah bolasepak. Sesungguhnya, hal ini amat memerlukan pemimpin yang berjiwa besar untuk turun dan membantu para pemain yang selama ini telah bertungkus lumus berjuang atas nama anak negeri.

“Hakikatnya juga, nilai tunggakan RM6.4 JUTA ini masih belum boleh menggambarkan angka sebenar hutang dalam industri bolasepak negara memandangkan ini hanyalah merupakan tunggakan yang dilaporkan oleh pemain, dan PFAM percaya angka ini sebenarnya lebih besar jika dihitung bersama tunggakan yang turut dialami oleh barisan staf kejurulatihan dan juga pemain-pemain import yang menggunakan saluran sendiri.

“Begitu juga maklumat-maklumat tidak rasmi yang diterima oleh PFAM, tetapi para pemain masih berdiam kerana ingin memberi masa kepada pasukan,” katanya lagi.

Izham juga tegas dan lantang mengatakan bahawa angka RM6.4 JUTA ini adalah simbol sebuah kegagalan urustadbir yang profesional dalam kalangan pasukan di Malaysia, dalam masa sama sedang menghantar mesej moral yang sangat negatif buat anak-anak kecil yang berimpian untuk memasuki industri ini.

“PFAM berasa teramat kec3wa dengan pihak-pihak yang lepas tangan serta pihak menuding jari bermain “blame game”, lantas menza1imi para pemain yang bergantung sepenuhnya terhadap industri ini. Malah percayalah, kita tidak akan mampu bergerak ke arah F30 mahupun NEX50 sekiranya kita masih terperangkap dalam kerangka RM6.4 JUTA ini,” tegas Izham.

Antara k3s tunggakan gaji popular sepanjang 2018 dan 2019 adalah membabitkan Terengganu City FC dan Hanelang FC dengan kedua-dua pasukan dit1pu oleh pengurusan baru yang membuat keputusan lepas tangan dengan menegaskan kononnya mereka hanyalah penaja pasukan, selain pemain Perlis yang dit1pu oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Ahmad Amizal Shaifit.

“Buat pasukan-pasukan yang berhutang ini, atau siapa pun pemulanya – bertanggungjawablah! Jangan ligat berhelah untuk melengahkan atau mengelak membuat bayaran. Bayangkanlah keget1ran dan kepayahan yang dihadapi oleh para pemain untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Pandanglah mereka sebagai manusia, bukannya sebagai hamba. Jika itu pun bukan lagi menjadi asbab untuk pasukan-pasukan ini melangsaikan hutang, ternyata bolasepak Malaysia bukan sahaja sudah hilang nilai profesionalnya, tetapi juga sudah kehilangan jiwa kemanusiaannya,”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*