United terpaksa berputih mata

LONDON  – Tuntutan gaji yang dikemukakan oleh Paulo Dybala telah menjadi punca dia tidak meneruskan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United sekali gus menutup peluang Romelu Lukaku untuk meninggalkan Old Trafford sebelum pasaran perpindahan ditutup Khamis ini.

Penyer4ng Argentina itu meminta bayaran 350,000 pound (RM1.7 juta) daripada United, menjadi punca perjanjian di antara kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat meskipun sebelum ini terdapat cakap-cakap bahawa Dybala tidak mempunyai masa depan bersama Juve di bawah kendalian Maurizio Sarri.

Itu bermakna tiada tawaran boleh diberikan kepada Lukaku yang ingin berpindah ke Itali selepas dia tidak berada dalam perancangan bos United, Ole Gunnar Solskjaer.

Inter Milan ingin mendapatkan penyer4ng Belgium itu dan membuat tawaran 45 juta pound (RM228 juta) beserta bayaran tambahan malah Lukaku turut mendapat perhatian daripada Napoli.

Bagaimanapun, United meletakkan tanda harga Lukaku bernilai 75 juta pound (RM380 juta) sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peluangnya untuk beraksi bersama Belgium menjelang Kejohanan Eropah (Euro) 2020 jika dia sering memanaskan bangku simpanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*