United ikat ‘kuda tua’

LONDON – Manchester United semakin hampir membawa masuk Mario Mandzukic dari Juventus.

Penyer4ng Croatia itu secara peribadi bersetuju untuk memeterai perjanjian bersama United hingga 2022 dan menerima bayaran 6.2 juta pound (RM31.4 juta) setahun – kenaikan 35 peratus gaji yang diperolehinya di Juventus.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer melihat Mandzukic sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan Romelu Lukaku.

Juventus bersetuju untuk melepaskan Mandzukic pada musim panas ini selepas percaya dia tidak sesuai dengan corak permainan Maurizio Sarri.

Perpindahannya ke United sudah hampir selesai dan akan disemak di peringkat terakhir dalam beberapa hari sahaja lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*