Rezeki anak kedua – Nazrin

KUALA LUMPUR –  Pemain sayap Melaka United, Nazrin Nawi menyifatkan kejayaan meled4k dua gol dalam aksi pembukaan Piala Malaysia malam tadi sebagai rezeki anak keduanya.

Aksi cemerlang pemain berusia 31 tahun itu yang sering mengucar-kacirkan pertahanan PDRM turut membolehkannya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirahmanirahim Semoga Allah permudahkan segala urusan..Aminn 🤲🏻

A post shared by Mohd Nazrin Bin Mohd Nawi (@nazrinnawi) on

Dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Hang Jebat, Krubong, tuan rumah bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan dengan gol awal The Cops menerusi Lee Chang-hoon pada minit kelapan.

Nazrin mengetuai kebangkitan Melaka dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-11 menerusi sepakan bebas sebelum Patrick Raichelt menambah jaringan kedua pada minit ke-54.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirahmanirahim Semoga diberikan kekuatan pada malam ini dan semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 💚

A post shared by Mohd Nazrin Bin Mohd Nawi (@nazrinnawi) on

Semangat Sang Kancil semakin membara apabila Nazrin kemudian menyudahkan hantaran Wan Amirul Afiq pada minit ke-62 untuk membantu kemenangan 3-1 Melaka.

“Saya gembira menjaringkan dua gol dan bagi saya, dua jaringan ini adalah untuk anak kedua saya.

“Apa yang penting, kami bermain sebagai satu pasukan dan meraih tiga mata dalam aksi pembukaan,” katanya yang baru menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada Selasa lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Surprizeee 🤩🤩 Thank you friends.. @hafizkamal21 @ikafaramey @hakimhassan18 @nnikfatin_ Doakan kami 🤲🏻🤲🏻..

A post shared by Mohd Nazrin Bin Mohd Nawi (@nazrinnawi) on

Melaka kini bakal berdepan cabaran get1r juara 33 kali, Selangor dalam aksi kedua kumpulan di tempat sendiri, Khamis ini manakala pasukan Liga Perdana, PDRM bertemu Felda United pada Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our new bundle of joy.. Welcome sweetheart 💗 Alhamdulillah 🤲🏻🤲🏻 #NNfamily #30/7/19 #parentsoftwo

A post shared by Mohd Nazrin Bin Mohd Nawi (@nazrinnawi) on

Selangor yang seri 2-2 menent4ng Felda United, Sabtu lalu mengalahkan skuad Sang Kancil 4-3 ketika kali terakhir bertandang ke Melaka dalam saingan Liga Super, 6 April lalu.

Melaka bagaimanapun mengikat Red Giants 1-1 dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam pada 4 Mei. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE / @nazrinnawi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*