‘Skuad simpanan’ negara ikat Thailand 1-1, tamatkan saingan selaku juara Kumpulan B

‘Skuad simpanan’ Malayaia bawah 15 tahun (B-15) berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Thailand dan menamatkan saingan peringkat Kumpulan B sebagai juara.

Menent4ng pasukan jiran tetangga tersebut, P. Maniam melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama dengan hanya mengekalkan dua pemain utama ketika aksi menentang Laos dua hari lalu iaitu Mohammad Asyraf Ahmad dan Muhammad Harry Danish.

Keputusan bekas pengendali Selangor menurunkan ‘skuad simpanan’ pada aksi ini tidak lain dan tidak bukan untuk merehatkan pemain utama agar lebih segar untuk aksi separuh akhir yang dijadualkan pada 7hb Ogos kelak. 

Malahan kedua-dua pasukan telah pun mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir setelah Australia sekadar menewaskan Brunei DS dengan jaringan 4-0 petang tadi. 

Walaupun mencatatkan kemenangan, mereka sama sekali tidak dapat mengejar bilangan perbezaan jaringan gol Malaysia ataupun Thailand walaupun terikat 10 mata sekiranya salah satu pasukan Asean tewas pada aksi terakhir.

Berbalik kepada aksi terakhir Kumpulan B, pasukan Thailand terlebih dahulu membuka jaringan hasil larian pantas pemain berjersi No. 21 bijak menewaskan penjaga gol Malaysia, Zulhilmi Sharani dalam situasi 1 vs 1 pada minit ke-17.

Selepas itu, kedua-dua pasukan rancak berbalas ser4ngan ke arah gawang lawan masing-masing namun tiada sebarang jaringan dihasilkan dan babak pertama tamat dengan kedudukan 1-0 memihak kepada Thailand.

Babak kedua, Thailand dilihat lebih banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk mempertahankan kelebihan 1-0 yang dimiliki oleh mereka. Hanya ser4ngan balas sahaja yang dilakukan oleh skuad negara jiran untuk mencuba nasib bagi menambah jaringan. 

Skuad negara lebih banyak menguasai permainan dan lebih banyak melakukan percubaan ke arah gawang lawan namun rezeki tidak memihak kepada Malaysia untuk mencetak jaringan bagi menyamakan kedudukan. 

Kesabaran pemain-pemain remaja Malaysia terbalas apabila apabila pemain Thailand, Sittha Boonlha menjaringkan gol sendiri pada penghujung permainan seterusnya menamatkan permainan dengan keputusan 1-1.

Keputusan ini membolehkan Malaysia dinobatkan selaku juara Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi lima perlawanan.

Sehubungan itu, anak-anak buah P. Maniam akan membuat perhitungan dengan pasukan Vietnam selaku naib juara Kumpulan A pada aksi separuh akhir, rabu ini.

Foto: Changsuek

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*