Malaysia berdepan Vietnam di separuh akhir

KUALA LUMPUR – Gol sendiri pemain Thailand, Sittha Boonlha pada minit ke-83 sudah memadai untuk membantu Malaysia mengikat tuan rumah 1-1, sekali gus melangkah ke separuh akhir Kejohanan AFF Bawah 15 (B-15) di Chonburi, hari ini.

Pasukan negara bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah, malah menutup kempen Kumpulan B selaku juara, sekali gus menempah pertemuan dengan Vietnam dalam separuh akhir, Rabu ini.

Dalam aksi hari ini, anak-anak buah P. Maniam dikejutkan dengan gol awal tuan rumah menerusi Pornsawan Sankla pada minit ke-18.

Pada ketika Malaysia sudah terbayang kekalahan pertama, kes1lapan Boonlha meledak gol ke gawang sendiri memastikan rekod Malaysia tidak tercalar setakat ini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*