Perjalanan karier Mignolet di Liverpool selama enam tahun akhirnya temui noktah

LONDON – Perjalanan karier Simon Mignolet di Liverpool selama enam tahun akhirnya menemui noktah selepas dia bersetuju untuk kembali bersama kelab lamanya, Club Brugge.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp memberitahu selepas aksi persahabatan di Bradford pada bulan lalu dia berharap Mignolet untuk kekal di Anfield memandangkan jurulatih dari Jerman itu memerlukan dua penjaga gol utama dalam perjalanan mereka memburu trofi.

Bagaimanapun, Mignolet mendapati peluangnya semakin tipis dalam dua musim terakhir. Tempatnya digantikan dengan Loris Karius sebelum ditutup oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang bernilai 64.6 juta pound (RM327 juta).

Mignolet tidak berputus asa malah menaruh harapan tinggi untuk kembali menjadi penjaga gol utama bersama kelab Belgium, Club Brugge yang akan menent4ng Dynamo Kiev bagi aksi kelayakan Liga Juara-Juara, Selasa ini.

Club Brugge mengumumkan bahawa Mignolet telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun dan telah menyempurnakan permeriksaan kesihatan.

“Sukar untuk terima apabila kita tidak bermain. Saya amat merindui saat mencapai kemenangan ketika berada di atas padang. Saya faham perasaan orang yang tidak bermain dan duduk di bangku simpanan,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*