Matic percaya Pogba kekal di United

LONDON – Nemanja Matic percaya Paul Pogba akan kekal bersama Manchester United pada musim ini bagaimanapun mengakui sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak.

Masa depan Pogba di Old Trafford menjadi tajuk utama ketika pramusim terakhir United selepas pemain tengah Perancis itu menghilangkan diri ketika menewaskan AC Milan menerusi penentuan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Cardiff.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata ketiadaan Pogba adalah disebabkan dia berasa sak1t di belakang badan walaupun pada mulanya namanya disenaraikan.

Solskjaer cuba menyal4hkan kes1lapan di bahagian pentadbiran dan menegaskan dia tidak berasa ragu-ragu bahawa Pogba akan kekal komited bersama United selepas berkata pemain bernilai 89 juta pound (RM451 juta) itu cergas untuk bertemu Chelsea dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Mengulas lanjut mengenai masa depan Pogba, rakan sepasukannya, Matic berkata dia tidak nampak sebarang tanda bahawa juara dunia 2018 itu akan meninggalkan Old Trafford namun percaya sebarang kemungkinan boleh terjadi.

“Kita lihat apa yang akan berlaku. Dia pemain Manchester United dan sudah pasti kami gembira jika dia kekal bersama pasukan.

“Dia seorang pemain yang bagus dan penting untuk pasukan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*