Sebenarnya Perak tidak terlalu kuat.. – Jelius Ating

Pengendali Sabah, Jelius Ating melihat Perak bukanlah sebuah pasukan yang terlalu kuat namun kejayaan mereka mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas skuad Tambadau turut dipengaruhi oleh kelem4han Sabah itu sendiri.

Dalam perlawanan tersebut, Perak membuka jaringan pada penghujung babak pertama menerusi Brendan Gan. Tidak lama selepas sepak mula separuh masa kedua, penyer4ng import, Careca menggandakan kedudukan buat Perak pada minit ke-51. Dan Leandro dos Santos menambah duka pasukan juara Liga Premier dengan meled4k gol ketiga Perak pada masa tambahan babak kedua.

“Tahniah kepada pasukan Perak kerana memenangi perlawanan pada malam ini, mereka bermain dengan baik. Bagi saya, sebenarnya Perak bukanlah sebuah pasukan yang terlalu kuat tetapi ia dibantu oleh kelemahan pasukan kami sendiri.

“Kami tidak memberikan permainan yang baik sehingga kami dibolosi dua gol disaat-saat akhir. Tumpuan pemain juga hilang pada penghujung permainan.” kata Jelius Ating dihadapan wartawan.


Foto: SAFA

Bercakap mengenai strategi yang digunakan untuk menghadapi Perak yang juara bertahan Piala Malaysia, taktikal ‘park the bus’ bukanlah peracangan utamanya tetapi beliau mengarahkan anak-anak buahnya agar tidak memberikan banyak ruang.

Namun, kualiti yang ada pada pemain Perak tampak sukar disaingi oleh Sabah dan mereka terpaksa akur dibolosi tiga jaringan tanpa balas dalam aksi pembukaan Kumpulan C. 

“Kami datang bukan untuk bertahan, kita cuba bermain secara bijak. Kita tahu Perak mempunyai kekuatan di setiap posisi dan kita cuba mengimbangi permainan itu dengan tidak bermain secara terlalu terbuka.

“Pada awalnya kami bermain dengan baik sehinggalah minit-minit akhir pemain sudah hilang tumpuan dan Perak menjaringkan gol. Apabila kita ketinggalan satu gol, ia memberikan kelebihan kepada Perak. 

“Babak kedua, Perak lebih berkeyakinan. Dan pasukan kami cuba untuk bangkit tetapi kami dihvkum dengan dua gol lagi. Permulaan yang agak mengecewakan kami.” ujarnya.

Bagaimanapun, Jelius Ating mahu pemain-pemainnya belajar daripada kekalahan di tangan Perak ini dan bangkit untuk bertemu pasukan Pulau Pinang pada aksi kedua yang dijadualkan pada hari rabu ini.

Foto: Malaysian Football League

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*