Patut sertai Liverpool dari dulu lagi

LIVERPOOL – Penjaga gol baharu Liverpool, Adrian mendedahkan, dia sepatutnya sudah menyertai Reds beberapa tahun lalu sebelum akhirnya menjadi pembelian terbaru Jurgen Klopp.

Adrian tiba di Anfield semalam bagi menggantikan Simon Mignolet yang melengkapkan perpindahan ke Club Brugge.

Pemain berusia 32 tahun itu yang sebelum ini beraksi buat West Ham akan bertindak sebagai penjaga gol kedua di belakang pilihan utama, Alisson.

“Sejujurnya, Liverpool ada menyuarakan minat beberapa tahun, tetapi mereka hanya benar-benar mengemukakan tawaran serius beberapa hari lepas.

“Kami bercakap setiap hari dengan ejen saya kerana saya sudah tamat kontrak dengan West Ham dan bebas memilih pasukan baharu.

“Akhirnya, panggilan terakhir dibuat semalam, jadi saya kena pulang ke London dan menguruskan beberapa perkara. Sudah tentu saya amat gembira dapat berada di sini,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu.

Menurut Adrian, menyertai Liverpool adalah satu langkah besar dalam kariernya selepas menghabiskan enam musim yang menggembirakan di West Ham.

“Saya meraih pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama West Ham, dan sekarang menyertai sebuah kelab besar. Saya akan bekerja keras,” katanya lagi.

Menurut Adrian, dia tidak sabar untuk bekerja dengan Alisson, barisan kejurulatihan penjaga gol Liverpool serta pemain lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*