Cole gantung but

LONDON: Bekas pemain pertahanan kiri England, Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole mengumumkan persaraannya pada usia 38 tahun, hari ini dan merancang untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih.

Cole memenangi 13 gelaran utama termasuk tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dengan 107 kap, dia salah seorang daripada sembilan pemain yang berjaya melakukan 100 penampilan buat England.

Selepas meninggalkan Chelsea 2014, dia menyertai AS Roma, LA Galaxy dan Derby County di bawah bimbingan bekas rakan sepasukan, Frank Lampard musim lalu.

Bagaimanapun, kontraknya bersama kelab itu tamat pada hujung musim lalu.

“Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya menggantung but dan membuka episod baharu dalam kerjaya saya,” kata Cole.

Cole menjadi sebahagian daripada skuad Arsenal yang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris tanpa tewas pada musim 2003/2004.

Dia meninggalkan The Gunners dan berpindah ke Barat London selepas Arsenal gagal memenuhi permintaannya berhubung kenaikan gaji pada 2006.

Cole turut menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Liga Europa sepanjang lapan tahun bersama Chelsea. 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*