Liverpool bawa pemain muda ke Napoli

LIVERPOOL  – Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyenaraikan penyer4ng remaja, Rhian Brewster ke dalam skuad 20 pemainnya menjelang kunjungan Reds ke Napoli untuk aksi pembukaan Liga Juara-Juara, ekoran kecederaan buku lali yang dialami Divock Origi.

Reds memulakan kempen mempertahankan gelaran Eropah dengan bertandang ke Naples menentang skuad bimbingan Carlo Ancelotti yang juga merupakan law4n mereka pada pertandingan itu, musim lepas.

Anak-anak buah Klopp tewas 0-1 dalam perlaw4nan di Stadium San Paolo, tetapi mereka menang menerusi jumlah jaringan sama di Anfield dalam perlaw4nan terakhir peringkat kumpulan yang menyaksikan Liverpool layak ke saingan 16 terbaik, sebelum meneruskan kemaraan dengan menjuarai pertandingan tersebut.

Origi terpaksa dibawa keluar dalam babak pertama sewaktu Reds melakar kemenangan 3-1 ke atas Newcastle, hujung minggu lalu, selepas merehatkan Roberto Firmino.

“Mal4ng sekali, Div terselivh buku lalinya dalam perlaw4nan itu dan terpaksa dibawa keluar. Kami semua berharap keceder4an itu tidak serius. Melihatkan dia boleh meneruskan permainannya, ia menjadi petanda keceder4an yang dialami tidaklah seteruk mana,” kata Klopp selepas perlaw4nan tamat.

Ekoran keceder4n yang menimpa Origi, Brewster dipilih menggantikan penyer4ng itu hanya selepas 15 minit skuad bawah-23 tahun Liverpool beraksi menent4ng Derby County yang turut dilangsungkan pada masa yang sama.

“Semua pemain ditimpa keceder4an ringan termasukkah Robbo (Andy Robertson), Sadio (Mane), tetapi mereka berada dalam keadaan baik,” ujar Klopp. – AGENSI

Skuad Liverpool:

Fabinho, Virgil Van Dijk, Georginio Wijnaldum, Dejan Lovren, James Milner, Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah, Joe Gomez, Adrian, Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain, Adam Lallana, Lonergan, Xherdan Shaqiri, Rhian Brewster, Andy Robertson, Joel Matip, Caoimhin Kelleher, Trent Alexander-Arnold.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*