Tiga negara d4kwa tidak undi Messi

LONDON – Anugerah FIFA yang berprestij secara tiba-tiba terjebak dalam kont0versi, selepas ada yang mend4kwa berlaku pen1puan dalam undian, dengan badan induk bola sepak dunia memaklumkan undian Mesir tidak dikira selepas tandatangan mereka ditulis dalam huruf besar.

Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada majlis anugerah yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Milan, Isnin lalu (Selasa waktu Malaysia), setelah dia berjaya mengetepikan dua pesaing terdekat, Cristiano Ronaldo dan Virgil van Dijk.

Menyaksikan Van Dijk mempamerkan persembahan mengagumkan di Liverpool, yang mana dia mengetuai pasukannya merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali keenam, dan Ronaldo mengharungi kempen cemerlang bersama Juventus, tetapi muncul sebagai pemenang adalah Messi yang ternyata mengejutkan ramai pihak.

Dipercayai Mohamed Salah merupakan pencabar terkuat bagi merebut anugerah tersebut dan kini, kemenangan bintang Barcelona itu diragui ketelusannya selepas beberapa persoalan dibangkitkan berhubung kesahihan undian yang dilaksanakan.

Persatuan bola sepak Mesir, jurulatih Sudan, Zdravko Logarusic dan kapten Nicaragua, Juan Barrera menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan undian yang dijalankan ekoran ada yang mend4kwa tentang undi mereka tidak dikira.

Persatuan Bola Sepak Mesir mendesak FIFA menjelaskan mengapa undian jurulatih skuad kebangsaan, Shawki Ghareeb dan kapten, Ahmed El-Mohammadi tidak dikira. Malah, nama Ghareeb dan El-Mohammadi tidak dinyatakan dalam undian rasmi penerbitan FIFA.

FIFA kini memberikan alasan bahawa undian mereka tidak dikira kerana tandatangan pada kertas undi Mesir ditulis dalam huruf besar dan ia tidak sah. Tambah FIFA, borang undian tersebut juga tidak ditandatangani oleh setiausaha agung persekutuan bola sepak yang mana ia merupakan mandatori.

Persekutuan Bola Sepak Mesir (EFA) mend4kwa, mereka telah menghantar undian secara rasmi kepada FIFA pada 15 Ogos, empat hari sebelum tarikh tutup. Badan induk bola sepak Mesir itu dalam satu kenyataan mempersoalkan mengapa FIFA tidak menerima undian mereka dan mengesahkan EFA telah memulakan siasatan berhubung kegagalan tersebut.

Sementara itu, jurulatih Sudan, Logarisic dan kapten Nicaragua, Barrera menggunakan platform media sosial mend4kwa undian yang mereka lakukan tidak sama dengan apa yang dipilih.

Logarisic berkata, pilihan pertamanya ialah, Salah, tetapi dalam dokumen undian FIFA menunjukkan Messi sebagai pilihannya. Barrera turut mend4kwa perkara sama apabila dia menafikan memilih Messi seperti mana yang did4kwa FIFA.

“Saya tidak undi Messi. Saya terkejut berada dalam senarai kapten yang mengundi Messi dan tiada penjelasan mengapa ia terjadi,” kata Barrera.

FIFA menegaskan pemain terbaik dipilih berdasarkan undian jurulatih skuad kebangsaan, kapten pasukan dan juga wartawan setiap negara. Undian kemudiannya disiarkan kepada umum sebagai langkah ketelusan. Bagaimanapun, sistem pengundian kini diragui berikutan percanggahan yang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*