Buffon cipta rekod bersama Juventus

LONDON  – Kemenangan Juventus 2-0 ke atas SPAL, awal pagi tadi bukan hanya menggembirakan pasukan Serie A itu malah turut memahat sejarah tersendiri bagi penjaga gol Gianluigi Buffon.

Buffon telah memecahkan rekod penampilan milik Paolo Maldini diperingkat kelab selepas beraksi untuk Juventus sebanyak 903 kali dalam perlaw4nan berkenaan.

Penjaga gol berkenaan kembali menyertai Juventus pada musim lalu selepas setahun bersama PSG.

Kata Buffon, dapat mengatasi rekod rakan senegaranya itu adalah sesuatu yang amat bersejarah buat dia dalam karier sebagai pemain bola sepak.

“Saya sendiri tidak sedar sudah semakin hampir dengan rekod dalam dua perlaw4nan lalu dan saya hanya diberitahu telah menghampiri rekod Maldini sebelum perlaw4nan ini.

“Bagi saya ia satu kepuasan dan pencapaian membanggakan namun sebagai pemain profesional saya tidak boleh terlalu mendabik dadak.

“Dalam masa sama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa dan isteri yang telah memberi dorongan hingga terhasilnya kejayaan sebegini,” katanya.

Buffon, 41 tahun sebelum ini menyamai rekod Maldini ketika menewaskan Hellas Verona pada minggu lalu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*