Khairulazhan, Khyril Muhymeen bantu Selangor tumbangkan Perak

Perak membawa bekalan 1-0 daripada perlaw4nan pertama di Stadium Perak ke Shah Alam. Juara bertahan Piala Malaysia menent4ng juara 33 kali Piala Malaysia pastinya menjanjikan pertembungan yang epik.

Dan itulah yang berlaku pada malam ini. Dua jaringan Khyril Muhymeen dan satu jaringan Syazwan Zainon membolehkan Selangor bangkit menewaskan Perak biarpun Brendan Gan berjaya merapatkan jurang. Khairulazhan layak diangkat sebagai wira kerana beberapa kali menggagalkan percubaan pemain ser4ngan Perak. Ini rating bagi pemain kedua-dua pasukan.

 

Selangor

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – 9/10

Musvh utama kepada penyer4ng Perak. Ketika pertahanan Selangor sudah tertewas, Khairul Azhan sentiasa bersedia untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi. Punca utama Selangor berjaya memenangi perlaw4nan ini sekaligus membolehkan pemain serangan fokus untuk menjaringkan gol.

Mohamad Fandi Othman – 7/10

Fandi lebih fokus untuk bertahan dan sekali sekala membantu Syazwan di bahagian ser4ngan. Sukar untuk dia mengekang Partiban yang cukup pantas, tetapi melakukannya dengan baik untuk mengurangkan jumlah hantaran yang dilakukan oleh pemain sayap Perak itu.

Taylor  Regan – 7/10

Mengawal pertahanan dengan baik terutamanya untuk menghalang gandingan Ronaldo dan Shahrel Fikri. Banyak memintas bola hantaran tinggi dan memberikan tekanan kepada Ronaldo.

Michael Nguyen – 7/10

Dengan Perak menggandakan asakan di separuh masa kedua, Michael bergandingan baik dengan Taylor untuk memastikan mereka sukar membuat percubaan tepat ke gawang gol.

Syahmi Safari – 7/10

Biarpun beraksi di posisi bek, Syahmi bagaikan beraksi di posisi sayap persis Syazwan Zainon di sebelah kiri. Ini membolehkan Khyril Muhymeen untuk beraksi lebih ke dalam.

K. Sarkunan – 7/10

Pemain yang cukup rajin. Sentiasa berkerja keras untuk mendapatkan bola buat pasukan.

Abdul Halim Saari – 7/10

Sarkunan rajin, Endrick kreatif, tetapi Halim pula bagaikan enjin buat pasukan. Memastikan bola sentiasa bergerak dan menjadi penghubung pertahanan kepada bahagian ser4ngan.

Endrick Dos Santos – 7/10

Diharapkan untuk menjadi sumber kreativiti di bahagian ser4ngan dengan ketiadaan Sandro. Berjaya membuat hantaran yang membuka pertahanan Perak seperti yang dilakukannya untuk gol ketiga Selangor.

Khyril Muhymeen Zambri – 8/10

Dengan Syahmi banyak menyer4ng di bahagian sayap, Khyril mendapat peluang untuk lebih membantu Ifedayo di bahagian tengah. Berjaya menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-44 sebelum menjaringkan gol keduanya pula pada minit ke-68.

Mohd Syazwan Zainon – 8/10

Kelajuannya membuatkan dia menjadi antara senjata bahaya buat Selangor terutamanya dengan situasi padang basah yang menyukarkan pemain bek untuk berlari membelakang. Menjaringkan gol pembukaan untuk Selangor pada minit ke-33.

Ifedayo Olusegun – 7/10

Seorang penyer4ng yang rajin. Sentiasa meminta bola dan mahu melancarkan ser4ngan. Bijak mencur1 ruang untuk mengelirukan Hussein dan Shahrul serta membantu Khyril Muhymeen untuk menjaringkan gol kedua Selangor.

Pemain Gantian:

Faiz Nasir

Masuk menggantikan Khyril Muhymeen pada minit ke-71.

Abdul Latif Suhaimi

Masuk menggantikan Halim Saari pada minit ke-84.

Ashmawi Yakin

Masuk menggantikan Fandi Othman pada minit ke-88

 

Perak 

Muhammad Hafizul Hakim – 4/10

Hafizul sepatutnya mampu menghalang atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada Syazwan Zainon untuk gol pertama Selangor. Sekali lagi membuat kesilapan ketika Khyril menjaringkan gol ketiga Selangor.

Nazirul Naim Che Hashim – 5/10

Dengan Khyril Muhymeen sering melakukan larian ke tengah menyukarkan Nazirul mengawalnya. Perlu memikul tanggungjawab bersama Hafizul untuk gol ketiga Selangor apabila dia tidak dapat mengejar Khyril yang begitu pantas berlari untuk melepasi kawalan pertahanannya.

Shahrul Saad – 5/10

Membuat satu halangan yang penting ketika Selangor mendahului 1-0 untuk menghalang bola sampai ke kaki ifedayo untuk menjadikan kedudukan 2-0 tetapi melakukan kesilapan apabila dia melihat sahaja Ifedayo melepasi pertahanan untuk memberikan bola kepada Khyril yang menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-44.

Hussein El-Dor – 5/10

Melakukan kesilapan untuk gol kedua Selangor. Dia terlalu fokus kepada Syazwan Zainon dan tidak melihat Ifedayo yang menggunakan kesilapan Hussein untuk membantu mencipta gol kedua Red Giants.

Amirul Azhan Aznan – 5/10

Sukar untuk cuba membuat overlap kerana perlu mengawasi Syazwan Zainon. Beberapa kali melakukan kesilapan termasuk ketika gol kedua Selangor apabila dia gagal menghalang Syazwan membuat hantaran kepada Ifedayo.

Leandro Dos Santos – 6/10

Sentiasa mencuba mengganggu mental pemain law4n. Juga berkerja keras sepanjang permainan terutamanya dalam merebut kembali bola buat pasukannya.

Brendan Gan – 6/10

Sedikit senyap di separuh masa pertama. Tidak dapat memberikan impak kepada bahagian tengah seperti yang diharapkan. Menjaringkan gol untuk Perak pada minit ke-83.

Raianderson Da Costa – 4/10

Bagaikan tidak tahu apa tugasnya. Tidak banyak membantu di bahagian tengah sama ada dari segi bertahan atau menye4ng. Ditukarkan pada minit ke-56.

J. Partiban – 6/10

Kerap mengancam kubu Selangor di sebelah kanan. Sayang sekali pemain ser4ngan yang lain tidak berada di posisi baik untuk menyambut hantaran lintangnya. Mungkin adakalanya Partiban terlalu mencuba terlalu banyak ketika dia sebenarnya boleh melakukan satu hantaran yang mudah kepada rakan.

Muhammad Shahrel Fikri – 6/10

Dengan Ronaldo ditugaskan untuk lebih dekat dengan dua pertahanan tengah Selangor, Shahrel dibenarkan bergerak bebas. Mendapat percubaan untuk menjaringkan gol untuk Perak tetapi dihalang Khairul Azhan.

Ronaldo Henrique Silva – 6/10

Menjadi sasaran hantaran tinggi pemain Perak. Dikawal ketat oleh pertahanan Selangor dan beberapa kali tidak membaca dengan baik hantaran J. Partiban.

 

Pemain Gantian

Firdaus Saiyadi

Masuk menggantikan Raianderson pada minit ke-56.

Rafiuddin Rodin

Masuk menggantikan Partiban pada minit ke-76.

Kenny Palraj

Masuk di penghujung perlaw4nan.

 

 

Kredit foto: Malaysia Football League (MFL)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*