Loew puji prestasi Gnabry

DORTMUND: Joachim Loew menyifatkan Serge Gnabry sebagai ‘amat merbah4ya’ ketika Jerman mencatat keputusan seri 2-2 menent4ng Argentina dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.

Penyer4ng Bayern Munich, Gnabry membuka tirai jaringan buat Jerman seawal minit ke-15 sekali gus menjadi gol keenamnya bersama skuad kebangsaan dalam empat perlaw4nan terakhir.

Kai Havertz meletakkan tuan rumah 2-0 sebelum rehat tetapi Argentina memanfaatkan persembahan longlai jentera pertahanan Jerman untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi gol Lucas Alario dan Lucas Ocampos.

Jerman dijadual bertemu Estonia bagi aksi kelayakan Euro 2020, Ahad ini dengan Loew membuat keputusan mengejut mengeluarkan Gnabry pada minit ke-72 bagi memberi laluan kepada Suat Serdar.

“Kami tidak mahu Serge Gnabry bermain selama 90 minit,” kata Loew. “Dia sudah mengharungi banyak perlaw4nan baru-baru ini. Dia berlari amat pantas dan berada di seluruh padang.

“Serge berada di mana-mana saja, dia sentiasa merbah4ya dan membuatkan pertahanan Argentina kelam kabut pada babak pertama. Kerana itulah ia menjadi petanda jelas yang kami perlu mengeluarkannya selepas minit ke-70.

“Kami benar-benar memerlukannya pada perlawnan berikutnya, dan ia satu risik0 yang besar buat saya jika dia mendapat keceder4an di sini,” kata Loew yang turut memuji prestasi Joshua Kimmich sebagai kapten pasukan.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*