Peluang JDT untuk rangkul treble

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merealisasikan impian ke pentas final Piala Malaysia tampak berpeluang menamatkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan lebih gemilang sebagai juara `treble’.

Selepas muncul juara Piala Sumbangsih di awal musim dan kemudian merangkul kejuaraan Liga Super enam musim berturut-turut, skuad Harimau Selatan berdepan satu lagi misi untuk memburu piala ketiga apabila berdepan Kedah pada aksi sama ada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora layak ke final selepas `mengubvrkan’ Selangor di Stadium Shah Alam menerusi agregat 5-1 manakala skuad Lang Merah layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawn walaupun seri 8-8 secara agregat.

Pertembungan JDT-Kedah bakal menyaksikan ulangan final Piala Malaysia pada musim 2017 dan ketika itu skuad Harimau Selatan bimbingan Ulisses Morais menamatkan kemarau 26 tahun pasukan Johor untuk menjulang piala berprestij selepas menewaskan Kedah 2-0 hasil jaringan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera.

Kini terletak kepada kebijaksaan Mora dan Luciano Figueroa yang pernah beraksi pada final 2017 membentuk taktikal yang lebih ampuh untuk berdepan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang pasti akan turun dalam misi membalas dend4m selepas kecewa dua musim lalu.

Agak menarik pertembungan itu bakal menyaksikan kedua-dua pasukan akan tampil dengan formasi permainan berbeza tatkala JDT lebih gemar menggunakan formasi 4-3-3 dan Kedah tampak bakal turun beraksi dengan formasi 4-4-1-1.

Namun di sebalik pemburuan kejuaraan piala berprestij, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan terlalu memberi tekanan kepada pemain skuad itu malah beliau juga mahu pemain beraksi seperti biasa.

“Saya berpendapat bahawa pertandingan liga dan Piala FA adalah yang paling berprestij kerana ia menyediakan peluang untuk beraksi di pentas lebih tinggi iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL), malah saya juga  menyatakan perkara yang sama sebelum ini,” kata Tunku Ismail.

“Jadi bagi saya, Piala Malaysia hanyalah satu lagi saingan, tidak lebih dari itu. Tapi saya yakin bahawa kelab, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan, bersikap  profesional dan mereka tahu tanggungjawab, oleh itu mereka akan memberikan yang terbaik untuk penyokong, penaja dan semua yang terbabit.”

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*