Ivan Rakitic tidak menolak kemungkinan untuk berpindah

Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic kini tidak menolak kemungkinan untuk berpindah dari kelab tersebut selepas semakin tidak diperlukan oleh pengurusnya.

Menurut laporan MARCA, Rakitic kini tidak lagi berada dalam perancangan Ernesto Valverde untuk membarisi barisan tengah Barcelona.

Kini, jentera tengah pasukan itu diterajui oleh Frenkie De Jong, Arthur dan juga Sergio Busquets.

Sebelum ini, khidmat Rakitic dikejar oleh beberapa pasukan utama Eropah pada musim panas yang lalu dengan Paris Saint-Germain (PSG) antara yang menawarkan tempat untuk beliau di sana.

Namun begitu, beliau menolak tawaran tersebut dengan ingin terus memburu tempat di kesebelasan utama di Barcelona.

Keperluan untuk Rakitic berpindah itu tinggi kerana beliau juga telah tewas ditangan Sergi Roberto dalam kedudukan pemain tengah di Barcelona selain ditinggalkan oleh De Jong, Arthur dan Busquets.

Perpindahan pada Januari ini dilihat penting bagi beliau kerana dirinya terus dibiarkan oleh pengurusnya. Apa yang baik untuk beliau dalam situasi ini, masih terdapat beberapa pasukan yang mahukan khidmatnya.

Juventus dan juga Manchester United dilihat tertarik untuk membawa masuk Rakitic bagi menguatkan lagi barisan tengah mereka.

Ke mana destinasi Rakitic selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*