Lampard lega Chelsea berjaya bangkit ikat Ajax

LONDON: Frank Lampard percaya pemain Chelsea sudah sebaris dengan pasukan hebat lain apabila bangkit selepas ketinggalan 1-4 untuk mengikat Ajax 4-4 dalam saingan ‘g1la’ Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pagi tadi.

Pada babak pertama, The Blues tampak akan kekalahan selepas jaringan gol sendiri Tammy Abraham dan Kepa Arrizabalaga sebelum tandukan Quincy Promes dan cubaan tepat Donny Van der Beek membolehkan pelawat Belanda itu mendahului selesa 4-1.

Bagaimanapun, selepas Cesar Azpilicueta kembali menebusnya, Chelsea bangkit mengurangkan jurang 2-4 manakala pelawat mengharungi aksi dengan sembilan pemain selepas Daley Blind dan Joel Veltman dilayangkan kad merah tatkala tuan rumah diberikan penalti keduanya.

Jorginho menyempurnakan penalti keduanya sebelum Reece James menyamakannya sebelum rembatan Azpilicueta dibatalkan oleh VAR susulan terkena tangan Abraham.

“Saya mengharungi malam g1la dan malam ini memang berbeza, tapi kami sudah pun berjaya,” kata Lampard, yang perna membantu Chelsea menjulang Liga Juara-Juara sepanjang 13 tahun bersama.

“Saya sangat suka dengan semangat dan karekter yang kami pamerkan dan saya rasa penyokong juga sukakannya. Apa yang pati kami akan tingkatkan lagi permainan, dengan semangat seperti ini, kami ada harapan.”

Kini kedua-dua pasukan terikat dengan tujuh mata di puncak Kumpulan H dengan Valencia, yang mengatasi Lille 4-1 akan bertemu Chelsea pada 27 November depan.

“Saya memang sudah jangka saingan kumpulan ini akan sengit. Kami sedia dan masih banyak kerja perlu dilakukan,” kata Lampard.

Bekas pemain antaravbangsa England itu turut memuji anak buahnya yang merakam kejayaan manis 1-0 di gelanggang Ajax dua minggu lalu.

Ketika Chelsea bergelvt mengawal situasai, Ajax berada di depan menerusi Promes yang menanduk masuk antaran lintang Hakim Ziyech.

Ziyech sekali lagi mencipta peluang 10 minit kemudian menuju rehat menerusi sep4kan percuma yang menerjah gawang selepas bola melantun terkena Arrizabalaga.

Harapan tuan rumah bagaikan lenyap pada babak kedua apabila Van de Beek menyudahkan hantaran Ziyech.

Namun Azpilicueta mengatur kebangitan untuk menyumbat gol melepasi jangkauan penjaga gol pelawat.

rentak Ajax terjejas selepas Blind dan Veltman dibuang padang untuk membolehkan Chelsea menyudahkan penalti kedua.

Blind dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Abraham manakala Veltman memegang bola sepakan Callum Hudson-Odoi di dalam kotak penaltinya untuk dilayangkan kad kuning kedua.

“Kami mengawal permainan dan kes1lapan sesaat menukar segala-galanya,’ kata Pengurus Ajax, Erik ten Hag, yang merasakan Blind ditolak sebelum dia terjatuh ke atas badan Abraham.

“Dari persembahan kami malam ini, kami sepatutnya menang sama ada dengan 11 atau sembilan pemain.

“kami masih di atas kumpulan ini dan peluang masih ada. Apa bila kami memperagakan permainan seperti ini, peluang kami kekal positif.”

Jorginho tenang menyempurnakan penalti enewaskan penjaga gol pelawat, Andre Onana untuk kedudukan 3-4.

Tiga minit kemudian, Chelsea menyamakan kedudukan apabila James meyumbat gol lawn selepas tandukan Kurt Zouma terkena palang.

Namun selepas VAR membatalkan gol kedua Azpilicueta, Hudson-Odoi nyaris menemui sasaran dan Onana bingkas menguis cubaan Michy Batshuayi untuk akhirnya Ajax berpuas hati Ajax berkongsi mata. 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*