Dickson pulang ke Nigeria, ucap terima kasih kepada Pahang

Pemain import, Dickson Nwakaeme pulang ke Nigeria pada pagi Ahad untuk bercuti bersama keluarga selepas mengharungi musim yang boleh disifatkan tidaklah mengecewakan bersama Pahang.

Di sebalik gagal membantu pasukannya itu menjulang sebarang piala, penyer4ng digelar ‘orang besi’ itu muncul penjaring terbanyak Pahang bagi musim 2019 setelah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan dan membawa mereka mengakhiri saingan Liga Super sebagai naib juara.

Pahang juga mara ke separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia, di mana perjuangan mereka dalam pertandingan itu berakhir di tangan Perak dan Kedah masing-masing.

Sama ada Dickson Nwakaeme akan kembali ke bumi Kuantan untuk terus menabur bakti atau akan memilih haluan lain dalam karier kekal menjadi persoalan apabila dia memaklumkan hanya akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat.

“Terima kasih Pahang, terima kasih Malaysia untuk musim 2019, kembali ke tahap terbaik selepas bergelvt selama dua musim dengan keceder4an adalah sesuatu yang hebat. Saya belum tahu ke mana halatuju, ini masa untuk bersama keluarga dan selepas itu saya putuskan,” kata Dickson Nwakaeme yang menyarung jersi Pahang buat kali kedua selepas 2014.

Gol terakhirnya dalam Liga Malaysia 2019 adalah gol penyamaan yang mengikat Kedah 5-5 ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 26 Oktober lalu.

Foto : IG Dickson Nwakaeme

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*