Santos jelaskan keadaan terkini Ronaldo

LISBON: Penyer4ng Juventus dari Portugal, Cristiano Ronaldo sudah bersedia untuk beraksi pada kelayakan Euro 2020 berdepan Lithuania dan Luxembourg di sebalik kebimbangan mengenai tahap kecergasannya hujung minggu lalu, kata jurulatih Fernando Santos hari ini.

Ronaldo direhatkan pada minit ke-55 ketika Juventus menang mengatasi AC Milan pada saingan Serie A Ahad lalu, paling awal dia dikeluarkan oleh juara Itali itu dan dia tampak ber4ng dengan jurulatih Maurizio Sarri ketika keluar menerusi terowong.

Sarri berkata selepas perlawnan bahawa Ronaldo sedang dalam proses pemulihan masalah lutut sejak sebulan lalu tanpa terlepas perlawnan selain turut berdepan masalah otot betis dan paha.

Bagaimanapun Santos berkata dia tiada masalah dengan pemain dengan rekod jaringan terbanyak negara itu yang sudah meled4k 95 gol antarabangsa dan boleh mencapai 100 ketika berdepan lawn Portugal dalam Kumpulan B yang disertai Lithuania dan Luxemburg.

Portugal akan mengesahkan tempat ke Euro 2020 jika menewaskan Lithuania dan Serbia gagal menewaskan Luxembourg.

“Jika dia tidak cergas, kami tidak akan memanggilnya. Semua orang suka bercakap dan membuat spekvlasi mengenai Cristiano Ronaldo kerana dia pemain terbaik dunia,” katanya dalam sidang akhbar menjelang pertemuan dengan Lithuania awal pagi Jumaat ini.

 

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*