Man City buat aduan rasmi terhadap pengadil

LONDON: Manchester City dilaporkan mengemukakan aduan rasmi kepada Ketua Pengadil, Mike Riley berhubung prestasi pegawai perlawnan Michael Oliver ketika kekalahan penyandang juara Liga Perdana itu kepada Liverpool di Anfield, Ahad lalu.

Pengadil perlawnan, Oliver dan Video Bantuan Pengadil (VAR) menjadi tumpuan selepas City secara kontr0versi dinafikan dua permohonan penalti yang pertamanya terhadap kesalahan Trent Alexander-Arnold yang membawa kepada jaringan pembukaan oleh Fabinho.

Selepas ins1den kedua yang turut membabitkan Alexander-Arnold di penghujung perlawnan, pengendali City, Pep Guardiola menunjukkan rasa mar4hnya kepada pegawai keempat perlawnan, Mike Dean susulan keputusan berkenaan dan sejurus permainan berakhir, dia berkata kepada Oliver: “Terima kasih, berbanyak-banyak terima kasih.”

City kemudian menghantar surat kepada Ketua Lembaga Pegawai Perlawnan Profesional (PGMOL), pada Isnin, kurang 24 jam selepas aksi penting itu.

Juara Inggeris itu masih ber4ng mengapa Oliver tidak menganugerahkan mereka penalti bagi kedua-dua ins1den berkenaan manakala Guardiola dan bos Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan pandangan mereka mengenai VAR ketika sidang kemuncak Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di Nyon, minggu ini.

Menurut akhbar The Sun, Riley berkata dia sudah memberi jawapan ‘membina’ menjelang mesyuarat pemegang taruh bersama kesemua 20 pasukan Liga Perdana yang dijadual hari ini selain memberikan perkembangan terbaharu mengenai penggunaan VAR.

Bukan Guardiola seorang tidak berpuas hati dengan keputusan Oliver di Anfield, bekas pengendali Manchester United, Jose Mourinho turut mempersoalkan tindakannya.

Kontr0versi membabitkan perlawnan turut berlarutan ke kem kebangsaan England yang menyaksikan penyer4ng City, Raheem Sterling dan pertahanan Liverpool, Joe Gomez terbabit dengan pergaduhan di St George Park pada Isnin. 

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*