Pesanan Azraai Khor buat skuad Harimau Malaya sebelum berdepan Thailand

KUALA LUMPUR: ‘Kalau hilang bola, terus hambat sampai dapat!’

Itu pesanan dilontarkan jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah ketika barisan pemain Harimau Malaya menghadapi aksi hidup mat1 pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Mengakui skuad Gajah Perang itu sememangnya memiliki kehebatan tersendiri khususnya kini selaku pendahulu Kumpulan G.

Justeru bekas pengendali Kedah itu mahu melihat setiap pemain memberikan lebih komitmen khususnya dalam aspek memenangi bola.

 

“Menent4ng pasukan yang ada kelebihan seperti Thailand, kita tidak seharusnya memberi banyak ruang kepada mereka.

“Jadi, pemain perlu sentiasa berjuang untuk mendapatkan bola dan kalau terlepas bola, terus pergi untuk memenangi semula bola itu.

“Setiap kali dibolosi, selalunya pertahanan yang dipersalahkan namun harus diingat, sebelum bola memasuki kawasan pertahanan, ia melalui penyer4ng dan pemain tengah.

“Jadi semua pemain bertanggungjawab untuk mengekang asakan Thailand.

“Tidak bolehlah kalau sekadar mengharapkan barisan pertahanan yang bekerja untuk bertahan.

“Semua pemain perlu menjadi ‘pertahanan’ dan membantu antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai aksi terbabit, Azraai percaya Tan Cheng Hoe sudah pasti ada ‘ramuan’ dan strategi yang terbaik dalam usaha memerangkap skuad bimbingan Akira Noshino itu.

“Saya lihat skuad kebangsaan menunjukkan peningkatan demi peningkatan dan corak permainan ketika ini juga menarik apabila banyak penguasaan bola dan menggunakan hantaran pantas dan pendek.

“Pemain juga nampak selesa dan faham apa yang Cheng Hoe mahukan.

“Pemain kali ini juga berpengalaman contohnya seperti Baddrol Bakhtiar yang menjadi antara perancang tengah terbaik negara ketika ini.

“Saya yakin skuad kebangsaan ada kemampuan untuk menewaskan Thailand,” katanya.

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*