Enrique ganti Moreno

MADRID: Jurulatih Sepanyol, Robert Moreno akan dilucutkan jawatannya, menurut laporan media Sepanyol sekali pun skuad kendaliannya membel4sah Romania 5-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Akhbar Sepanyol, El Mundo melaporkan bekas jurulatih, Luis Enrique akan kembali melatih skuad kebangsaan selepas lima bulan meletak jawatan berikutan penyak1t yang dihadapi anak perempuannya Xana yang men1nggal dun1a pada September lalu.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol bagaimanapun enggan memberi kenyataan terhadap masa depan Moreno namun presidennya, Luis Rubiales dan pengarah sukan, Jose Francisco Molino bakal mengadakan satu sidang akhbar dalam masa terdekat.

Moreno, penolong Enrique selama bertahun-tahun sebelum mengambil alih tugas jurulatih pada Jun lalu, enggan menghadiri sidang media selepas perlawnan berakhir.

Dia tidak bercakap kepada mana-mana media, dengan El Mundo berkata pengendali itu mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dengan tang1san selepas perlawnan tamat.

Moreno memenangi empat daripada enam perlawnan selaku jurulatih Sepanyol dan seri dua dengan pasukannya terikat 1-1 bertemu Sweden pada kelayakan Euro 2020 bulan lalu.

Sepanyol juga memenangi kesemua tiga perlawnan antara Mac dan Jun ketika Enrique bercuti. Mereka menamatkan kedudukan di kedudukan teratas Kumpulan F dengan memperoleh 26 mata daripada 10 perlawnan.

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*