Sepanyol menang bergaya

MADRID: Sepanyol melengkapkan kempen kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan 5-0 ke atas Romania di gelanggang sendiri, awal pagi tadi di sebalik spekvlasi membabitkan masa depan ketua jurulatihnya, Robert Moreno. 

Media di Itali sebelum ini melaporkan bekas pengendali, Luis Enrique dijangka akan memegang semula jawatan yang sebelum ini ditinggalkan atas urusan peribadi.

Ia sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Moreno dengan beberapa laporan media menyatakan dia tidak akan mengemudi pasukannya bagi mengharungi kejohanan itu tahun depan.

Enrique melepaskan jawatannya pada Jun lalu selepas anak perempuannya, Xana menghidapi k4nser dan men1nggal dun1a pada September.

Moreno, yang juga pembantu jurulatih Enrique tidak menghadiri sesi sidang media selepas perlawnan manakala pemain tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan meneruskan tugasnya atau tidak.

PEMAIN Sepanyol, Mikel Oyarzabal beraksi dalam perlawnan menentng Romania pada aksi kelayakan Euro 2020 di Madrid, awal pagi tadi. – Foto EPA

“Pada akhirnya tiada apa yang kami boleh lakukan, kami hanya perlu fokus kepada latihan dan melakukan yang sebaik mungkin. Kami menyokong jurulatih dan stafnya,” kata penyerng, Gerard Moreno.

Pemain tengah Saul Niguez berkata: “Kami tidak mengetahui apa-apa, saya tidak boleh membuat spekulasi. Kerja Robert sudah dibuktikan di atas padang dan kami semua gembira dengannya.”

Dalam perlawnan itu, Fabian Ruiz membuka tirai jaringan buat Sepanyol pada minit kelapan sebelum Moreno menyumbat dua gol diikuti jaringan sendiri pemain Romania, Adrian Rus sebelum rehat.

Gol kelima tuan rumah dijaringkan Mikel Oyarzabal pada masa keceder4an babak kedua.

Sementara itu, jurulatih Romania, Cosmin Contra mengesahkan dia tidak akan meneruskan tugasnya selepas kontraknya berakhir pada Disember ini. 

 

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*