Indonesia cipta kejutan, tewaskan Thailand pada aksi pertama

Skuad bawah 22 tahun Indonesia (B-22) bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan pasukan pilihan, Thailand, 2-0 dalam perlawnan pertama mereka kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2019 sebentar tadi.

Dalam perlawnan ini, corak permainan pantas skuad Garuda sentiasa memberi anc4man berbah4aya kepada benteng pertahanan pasukan kendalian Akira Nishino dan mereka berjaya membuka akaun jaringan melalui Egy Maulana Vikri dalam situasi kelam kabut seawal minit ke 4.

Thailand cuba bangkit mengatur ser4ngan melalui gandingan Suphanat Mueanta dan Chatmongkol Tongkiri serta Supachai Jaided tetapi mereka sukar untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang cukup berdisiplin.

Timnas Indonesia U-23. (Foto: PSSI).

 

Malah, separuh masa kedua menyaksikan Thailand lebih menguasasi perlawnan selepas kemasukan Supachok Saranchat namun akhirnya mereka kelihatan kepenatan beraksi di atas padang tiruan yang lebih licin dan pengerakan bola yang laju.

Indonesia mengambil kesempatan itu dengan melakukan ser4ngan balas melalui larian Saddil Ramdani sebelum membuat hantaran ke Osvaldo Haay yang tidak dikawal lalu menjadikan kedudukan kepada 2-0.

Kemenangan ini meletakkan Indonesia di tangga kedua dalam kumpulan B dibelakang Vietnam yang mencatat kemenangan besar ke atas Brunei, 6-0 kelmarin. Selepas ini, Indonesia akan bertemu Singapura pada hari khamis ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*