‘Arsenal patut buru Pochettino’

LONDON: Arsenal perlu membawa masuk Mauricio Pochettino ke Emirates bagi menggantikan pengurus sedia ada, Unai Emery, kata legenda kelab itu, Paul Merson.

Posisi Emery bersama Gunners tergugat berikutan prestasi terumbang ambing skuad kendaliannya pada musim ini dengan Arsenal hanya mampu mengutip empat kemenangan daripada 13 perlawnan Liga Perdana.

Arsenal diikat 2-2 oleh kelab tangga ke-19 liga, Southampton, Sabtu lalu yang meningkatkan tekanan terhadap Emery menjelang jadual perlawnan padat bulan depan.

Gesaan untuk memecat pengendali dari Sepanyol itu kian meningkat dengan beberapa pengendali terbaik dari Eropah dikaitkan terhadap jawatan panas itu termasuk bekas pengendali Tottenham, Pochettino menyertai senarai itu.

Pochettino meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengurus terbaik di England dan Eropah dengan membawa Spurs ke final Liga Juara-Juara musim lalu selain empat kedudukan empat terbaik Liga Perdana berturut-turut.

Sekali pun Spurs dengan Arsenal dianggap sebagai musvh tradisi, Merson begitupun percaya Pochettino sebagai lelaki yang ideal untuk mengemudi Emirates selain kelab tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mendapatkan khidmatnya.

“Arsenal patut memburu Mauricio Pochettino,” kata Merson.”Dia tidak memenangi apa-apa, tetapi dia memperbaiki Tottenham sepanjang lima tahun. Dia pengurus terbaik dan dia berada pada tahap terbaiknya.

“Saya tahu dia bekas pengurus Tottenham, tetapi George Graham juga adalah pengurus di Arsenal dan kemudian mengendalikan Tottenham. Kamu perlu melupakan perkara seperti ini. 

“Pengendali terbaik tidak selalu ada, lebih-lebih lagi kamu tidak perlu membayar pampasan untuk mendapatkan mereka.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*