Gandingan Kpah-Kipre bakal perkuat Kedah musim 2020

Bakal beraksi di saingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan dan mahu cuba merampas kejuaraan Liga Super daripada Johor Darul Ta’azim (JDT), Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) nampaknya melakukan perubahan bagi memperkuat pasukan.

KFA hari ini telah mengumumkan bahawa enam pemain tempatan dan dua pemain import akan menyertai pasukan Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 nanti.

#2020 Pemain tempatan baharu skuad hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

 

Antara pemain yang diumumkan sudah menyatakan minat untuk menyertai Kedah, bergantung kepada laporan pervbatan dan menunggu kontrak bersama pasukan lama tamat, adalah Shahril Saa’ri (penjaga gol, PDRM), Irfan Zakaria (pertahanan, Kuala Lumpur), Hadin Azman (pemain sayap, Felda United), Zulkhairi Zulkeply (pertahanan, UiTM FC), Jafri Firdaus Chew (penyeraang, PKNS FC) dan pemain yang beraksi di Jepun, Tam Sheang Tsung. Pengumuman yang pastinya paling mengujakan buat penyokong Kedah pastinya adalah kehadiran dua penyeraang import berbisa Liga Super, Kpah Sherman (PKNS FC) dan Kipre Tchetche (Terengganu FC) untuk menambah ketajaman di bahagian seraangan.

#2020 Senarai pemain yang tidak dilanjutkan kontrak. Biar Jasa Jadi Kenangan!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 26 November 2019

Kedah juga telah mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak 10 orang pemain musim 2019 seperti Fernando Rodriguez, Jonathan Baumann, David Edgar, Syahrul Azwari, Shahrul Igwan, Ramadhan Hamid, Asri Marzuki, Syawal Nordin termasuk Abdul Hadi Abdul Hamid yang diangkat menjadi pembantu jurulatih penjaga gol.

Dengan barisan pemain sedia ada seperti Renan Alves, Shakir Hamzah, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Zaquan Adha dan ramai lagi, ditambah pula dengan barisan pemain baru yang bakal menyertai Kedah, nampaknya Lang Merah akan menjadi pencabar kuat untuk merebut kejuaraan pada musim hadapan. Sekarang bergantung kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain ini.

 

Kredit foto: Malaysia Football League

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*