Melaka United sambar khidmat penyer4ng skuad kebangsaan Jamaica

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li mengesahkan pihaknya berjaya mendapatkan khidmat penyera ng berpengalaman dari Jamaica, Deshorn Brown bagi memperkuatkan jentera sera ngan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Katanya dalam Bernama, Deshorn Brown akan berganding dengan seorang lagi penyer ang import dari Nigeria, Uche Agba yang beraksi bersama PDRM FA dalam saingan Liga Premier musim ini.

Kedua-dua pemain itu akan menandatangani kontrak bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pada minggu ini.

Deshorn Brown. Foto: Audun Braastad/NTB scanpix

 

Melaka United setakat ini telah membawa masuk bekas pemain import PKNS FC, Romel morales dan mengekalkan pemain import Asia, Jang Suk Won dari Korea Selatan. Mereka turut meng0rbankan kuota pemain import Asean bagi menjimatkan perbelanjaan.

“Kami sudah berfikir panjang dan membuat keputusan hanya akan menggunakan empat pemain import untuk musim ini selepas Patrick Reichelt tidak menyambung kontrak bagi kuota pemain Asia Tenggara.

“Kami mendapati ramai lagi pemain Malaysia yang baik dan berkualiti setanding pemain import Asia Tenggara, oleh itu kami putuskan akan mendapatkan pemain dari negara ini sekali gus ia dilihat dapat menjimatkan perbelanjaan pasukan,” katanya.

Brown yang berusia 28 tahun mempunyai 14 kaps bersama skuad kebangsaan Jamaica dan pernah beraksi dalam saingan Copa America pada tahun 2015. Malah, beliau juga membantu Jamaica menjuarai Carribean Cup pada tahun 2014.

Selain itu, beliau pernah berhijrah ke Asia menyertai Kelab Liga Super China, Shenzhen FC pada tahun 2016 dan telah menjaringkan 7 gol dalam 14 penampilan.

Kemudian, Brown kembali semula ke Amerika Syarikat beraksi dalam Major League Soccer (MLS) bersama kelab D.C. United sebelum berhijrah ke Sepanyol menyertai kelab liga divisyen 2, Lorca. Pada musim ini, beliau telah menjaringkan 15 gol dalam saingan USL bersama kelab OKC Energy FC.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*