Mengenai penajaan dari Qatar Airways, ini kenyataan terbaru Kedah FA

Pihak pengurusan tertinggi pasukan Kedah FA dalam satu sesi sidang media yang disiarkan melalui laman sosial Facebook sebentar tadi mengesahkan bahawa memang ada perbincangan yang diadakan dengan pihak syarikat penerbangan Qatar Airways.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Kedah FA, Anas Hafiz Mustaffa sebentar tadi, perbincangan mengenai penajaan masih lagi berjalan dimana sebelum ini proposal pertama dari Kedah FA telah ditolak syarikat penerbangan itu.

Namun, beliau juga turut menjelaskan bahawa ketika ini Kedah FA berada dalam fasa untuk membuat rayuan terhadap proposal yang diberikan sebelum ini dan berusaha keras untuk cuba mendapatkan penajaan dari pihak Qatar Airways.

“Saya akui kita ada negotiation dengan Qatar Airways. Kita ada berbincang tetapi masih lagi dalam proses rundingan.

“Kita ditolak pada mulanya (proposal pertama), tapi kini kita memasuki ke fasa seterusnya untuk kita buat rayuan kepada proposal tersebut dan kita masih berusaha untuk mendapatkan penajaan dari Qatar Airways.

“Saya tidak nafikan dan mengiyakan tapi semuanya masih ongoing.

Dalam pada itu, Presiden Kedah FA kini berada di Doha, Qatar dan semalam berkesempatan menyaksikan perlawnan pembukaan Gulf Cup 2019 diantara Qatar bertemu Iraq yang berkesudahan Iraq menang 2-1.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : VOCKETFC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*