Lupakan Brendan Gan, Kedah tak mampu!

Lupakan sahaja cita-cita untuk melihat Brendan Gan menyertai pasukan berpengkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Hal ini kerana kos untuk membiayai khidmat pemain kacukan Australia-Malaysia itu nyata berada di luar kemampuan kewangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Perkara tersebut diakui oleh Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa dalam satu sidang media yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada hari ini.

“Siapa tak mau ambil Brendan Gan?” kata Anas sambil berseloroh di hadapan para wartawan yang hadir.

Beliau mengakui prestasi yang ditunjukkan oleh Brendan Gan bersama Perak dan skuad kebangsaan sejak akhir-akhir ini menarik minat skuad Helang Merah bagi memperkukuhkan pasukan mereka menjelang musim 2020.

Bagaimanapun KFA terlebih dahulu mengangkat bendera putih untuk merealisasikan bayaran yang dipinta Brendan bagi membolehkan pemain tersebut menyarung jersi Hijau Kuning.

Tambahan pula, Brendan seakan-akan sudah membuat keputusan berkenaan pasukan manakah yang akan disertainya menjelang saingan baharu bola sepak tempatan.

“Saya rasakan semua pasukan di dalam Liga Super mengimpikan mendapatkan khidmat Brendan Gan dengan prestasi yang dia tunjukkan kebelakangan ini, 

“Tetapi kita di KFA ada bajet tertentu yang perlu ikut dan kita terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan Brendan Gan untuk Kedah.”

“Saya difahamkan dia telah bersetuju dengan satu pasukan lain lebih awal.” jelas Anas lagi.

Walaupun mempunyai rekod keceder4an melibatkan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali sebelum ini, Brendan Gan menunjukkan satu karakter yang menakjubkan dengan bangkit untuk tampil berada di prestasi kemuncak seperti dilihat pada ketika ini.

Kebangkitan yang ditampilkan oleh Brendan Gan telah membantu pasukannya, Perak mencatatkan antara pencapaian terbaik dalam sejarah mereka dalam saingan Liga Malaysia dengan muncul juara Piala Malaysia 2018 dan naib juara Liga Super 2018.

Pada tahun ini, Brendan menjadi ‘enjin’ buat skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe sehingga berjaya membantu Harimau Malaya menduduki tangga kedua Kumpulan G bagi pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Foto: Football Association of Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*