Kemboja lakar kemenangan terbesar dalam sejarah Sukan SEA

Kemboja melonjak ke tangga teratas Kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 setelah mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah penyertaan mereka di temasya dwitahunan itu apabila membe1asah Timor Leste 5-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal di Manila pada Rabu.

Pasukan bimbingan Felix Dalmas itu mengumpul empat mata selepas dua perlawnan, mengatasi Myanmar menerusi beza jaringan manakala Malaysia yang tidak turun beraksi pada Matchday 2 pula di tangga ketiga dengan tiga mata.

Lazimnya dianggap sebagai pasukan be1asahan dan pelengkap jadual pertandingan, ini adalah kali pertama Kemboja meraih empat mata dalam dua perlawnan pertama. Terdahulu mereka seri 1-1 menentng tuan rumah Filipina pada aksi pembukaan Isnin lalu.

Dalam aksi menentng Timor Leste, Sin Kakada membuka tirai jaringan pada minit kelapan dan baki empat jaringan hadir pada 20 minit terakhir menerusi dua gol jaringan Reung Bunheing (m-70,90), Sieng Chanthea (m-78) dan bekas import PKNP FC Keo Sokpheng pada minit ke-83.

Sebagai rekod, Kemboja tidak pernah melepasi halangan peringkat kumpulan di Sukan SEA justeru dengan prestasi ditunjukkan serta keputusan yang dilakar setakat ini pastinya disambut dengan penuh keterujaan dan kegha1rahan oleh penyokong mereka yang mengharapkan satu sejarah baru dapat dicipta dalam edisi kali ini.

Begitupun ia bukan tugas mudah untuk Kemboja lolos sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan A, kerana baki perlawnan selepas ini adalah menentng Myanmar pada 2 Disember disusuli Malaysia pada 4 Disember.

Sementara itu, tuan rumah Filipina pula mengalami kekalahan 1-2 di tangan Myanmar sekaligus menyentap peluang untuk mara ke separuh akhir. Aung Kaung Mann dan Win Naing Tun menjaringkan gol buat skuad Velizar Popov manakala gol saguhati Filipina dijaringkan oleh Mikel Justin Cagurangan Baas.

Congrats, Myanmar! We rise, we fall, but the Philippine Azkals will definitely get up again! #WeWinAsOne

Posted by 2019 SEA Games on Wednesday, 27 November 2019

 

Aksi seterusnya, Filipina akan bertemu Malaysia pada 29 Disember.

Foto : Sea Games 2019

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*