Kevin Ramalingam sah letak jawatan sebagai CEO MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan peletakan jawatan Kevin Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berkuatkuasa pada Jumaat, 29 November 2019.

Jelas MFL, keputusan itu dibuat menerusi persetujuan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah selepas menerima permohonan peletakan jawatan Kevin pada Khamis, 28 November 2019.

Justeru bagi melancarkan pentadbiran badan pentadbir Liga Malaysia itu, Presiden MFL, Dato Hj Hamidin Hj Mohd Amin telah melantik Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuatkuasa pada 1 Disember ini.

Dato’ Ab Ghani akan memangku tugas tersebut sehingga pelantikan CEO baharu dibuat.

“Kevin telah menghantar permohonan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO MFL kerana ingin meneruskan karier baharu dan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan itu demi kebaikan masa depan beliau.

“MFL turut tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kevin selama beliau bertugas bersama MFL dan mendoakan selamat maju jaya di tempat baharu nanti,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi.

Kevin yang pernah menjawat sebagai CEO The Red Warriors Sdn. Bhd telah dipilih menjadi CEO Football Malaysia Limited Liability Partner­ship (yang kini dikenali MFL) pada April 2015

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*