Jaringan Safawi Rasid tercalon dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim kembali mendunia apabila jaringan yang dilakukan oleh salah seorang pemain bintan pasukan, Safawi Rasid ke gawang Shandong Luneng dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019 telah disenarai pendek dalam 10 jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima Kasih semua . Alhamdulillah ❤️💙🐅🏆

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Pencalonan gol Safawi ini disahkan sendiri oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu pengumuman di laman web serta laman media sosial rasmi badan itu hari ini. Safawi melakukan jaringan tersebut ketika JDT berkunjung ke Shandong pada perlawnan minggu ketiga peringkat kumpulan.

AFC telah memilih 10 gol terbaik yang telah dijaringkan sepanjang saingan ACL musim ini setelah kelab dari Arab Saudi, Al Hilal dinobat sebagai juara setelah menewaskan kelab Jepun, Urawa Reds Diamond dengan keputusan 3-0 secara agregat.

Anda boleh mengundi jaringan Safawi bagi membolehkan beliau memenangi anugerah tersebut di sini.

Musim lalu, pemain Kitchee SC, Cheng Chin Lung memenangi anugerah jaringan terbaik ACL 2018 setelah mendapat undian sebanyak 1.3 juta.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Liku-liku hidup yang harus Safawi lalui sebelum dinobat Pemain Paling Bernilai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*