Kecewa skuad Kim Swee tempah jalan berliku, ini peringatan Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui skuad bawah 23 tahun negara tempah laluan berliku untuk memburu tiket ke separuh akhir temasya Sukan SEA 2019 seterusnya menoktahkan kemarau emas lapan tahun, susulan kekalahan di tangan Filipina pada Jumaat.

Skuad negara kendalian Dato’ Ong Kim Swee tewas 0-1 menerusi jaringan tunggal Stephan Schrock sekaligus kekal tanpa kemenangan selepas dua perlawnan, setelah terdahulu seri 1-1 menentng Myanmar dalam aksi pembukaan lantas membawa kepada kemungkinan tersingkir awal.

“Saya cukup kecewa dengan kekalahan ini, kita patut menang tetapi kita sudah buat pilihan sukar. Mereka perlu bekerja lebih keras dan saya harap pasukan kita mampu tunjukkan aksi terbaik dalam baki dua perlawnan.

“”Saya beri ingatan kepada Kim Swee dan pemain supaya bangkit dan tidak memandang mudah Kemboja mahupun Timor Leste. Kita tidak ada pilihan kecuali menang dalam aksi seterusnya dan saya berharap ia akan membantu kita untuk teruskan kemaraan,” kata Hamidin selepas merasmikan Kejohanan Bolasepak Junior Antarabangsa Kelab Diraja Selangor (RSC) ke-15 pada Sabtu.

Dengan hanya satu mata, Malaysia ketika ini menghuni tangga keempat daripada lima pasukan Kumpulan A di belakang Myanmar yang mengumpul tujuh mata serta Filipina dan Kemboja, masing-masing mengumpul empat mata.

Malaysia yang merupakan finalis dua tahun lalu di Kuala Lumpur, kini perlu mencatat kemenangan besar ke atas Timor Leste pada 2 Disember, disusuli Kemboja dalam aksi terakhir pada 4 Disember bagi mengintai sekurang-kurangnya kedudukan selaku naib juara kumpulan.

Foto : FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSPorts

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*