Pertahanan AS, Jonny Campbell ingin rasai cabaran Liga Malaysia

Setelah berkelana di Kemboja selama dua musim, pertahanan kelahiran Amerika Syarikat, Jonny Campbell dilihat mahu beralih dan merasai cabaran di Liga Malaysia.

Pertahanan tengah berusia 28 tahun ini merupakan antara pemain tonggak yang membantu pasukannya, Preah Khan Reach Svay Rieng FC meraih kejuaraan Liga Kemboja 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Football can be a cruel game, but nobody can take away what we’ve accomplished this season as a family. 25 games unbeaten and Champions of Cambodia, I’m so proud of everyone at our club. Such an honor to represent @pkrsvr_fc_official and I’m looking forward to watching my brothers in the Hun Sen Cup final this Wednesday. Let’s go 🔵⚪️ #JC99 #USA #Cambodia #Football

A post shared by Jonny Campbell (Jonathan) (@jonnycampbell99) on

Menurutnya, sejak berkelana di rantau asia tenggara bermula tahun 2017, saingan Liga Malaysia tidak begitu asing baginya. Malah beliau sendiri turut pernah menentng beberapa pasukan daripada Liga Malaysia dalam kejohanan pramusim.

Antara pasukan yang pernah dihadapinya ialah Terengganu FC pada awal tahun 2018. Ketika itu beliau bermain bersama pasukan Phnom Penh FC dan turut menjaringkan gol dalam perlawnan tersebut sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 2-1. 

PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-MUSIM- – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – Keputusan semasa:PHNOM PENH CROWN (2)…

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, January 9, 2018

“Saya dengar banyak cerita mengenai Liga Malaysia dan telah bermain menentng beberapa pasukan (Malaysia) dalam kejohanan pramusim. Saya merasakan bola sepak di sini sangat baik dan menawarkan peluang untuk meningkatkan corak permainan saya ke tahap lebih tinggi.” katanya kepada Fox Sports.

Baru-baru ini, beberapa laman sosial bola sepak tempatan berkongsi tentang kelibat Jonny yang tiba ke Malaysia untuk melakukan percubaan bersama pasukan ‘feeder’ berpengkalan di pantai timur iaitu Terengganu FC II. 

Beliau mengakui perkara tersebut selain darpada turut menjalani sesi percubaan bersama pasukan di utara semenanjung tanah air, Pulau Pinang.

“Saya ada berbincang dengan beberapa pasukan ketika ini, tetapi belum ada sebarang persetujuan. Saya juga mempunyai pilihan untuk kekal di Kemboja di mana banyak perkara bertambah baik dalam dua tahun kebelakangan ini.” katanya lagi.

Musim 2019 menjadi karier terbaiknya sejak bergelar pemain bola sepak professional. Pertahanan tengah ini telah membantu barisan pertahanan pasukannya hanya merekodkan bolos 20 gol daripada 26 perlawanan dan hampir-hampir dinobatkan selaku juara ‘invincibles’.

Namun mereka terlucut gelaran tersebut apabila terpaksa akur apabila tewas pada perlawanan terakhir iaitu minggu ke-24.

Foto: Jonny Campbell

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*