‘Sukan SEA terakhir saya’ – Ong Kim Swee

Pengendali skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee memberikan bayangan akan angkat kaki selepas tamatnya saingan Sukan SEA 2019.

Pengendali berusia 49 tahun ini dikr1tik hebat oleh penyokong tempatan ekoran gagal mencatatkan kemenangan dalam dua perlawnan awal menentng Myanmar dan Filipina.

Malah segelintir penyokong turut mendesak Ong Kim Swee untuk melepaskan jawatannya selepas Malaysia B-22 hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawnan serta menduduki tangga ke-4 Kumpulan A.

“Apa yang boleh saya maklumkan di sini, apa jua keputusan sama ada kita layak atau tidak (ke separuh akhir), ini pasti akan menjadi Sukan SEA yang terakhir untuk saya.

“Apa yang paling penting sekarang, adalah kita fokus daripada memikirkan perkara negat1f yang mana saya percaya dengan kemampuan pemain kita.

“Jika tuah menyebelahi kita, kita pasti mampu melakukannya,” kata Ong Kim Swee selepas perlawnan.

Walaupun dikr1tik hebat Ong Kim Swee tidak memikirkan untuk melepaskan jawatan pada saat ini kerana optimis anak-anak buahnya akan bangkit dalam dua perlawnan berikutnya.

“Perkara yang tidak difikirkan langsung (letak jawatan terus) kerana kita masih ada dua lagi perlawnan dan masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu catat dua kemenangan dengan gol yang selesa.

“Saya masih  yakin dengan kemampuan semua pemain dan corak permainan yang saya jangkakan akan bertambah baik selepas ini,” jelas Ong Kim Swee lagi.

Untuk baki dua perlawnan berkutnya, skuad Harimau Muda dijadualkan menentang Timor Leste pada isnin dan Kemboja dua hari kemudian. 

Foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*