Klopp tetap menang ketika pemain beku

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji karakter anak buahnya apabila dua jaringan Virgil van Dijk pada babak pertama membantu mereka melebarkan 11 mata selepas menang 2-1 mengatasi Brighton meskipun penjaga golnya, Alisson Becker di buang padang dalam saingan malam tadi.

Penjaga gol Brazil itu dibuang padang pada minit ke-76 apabila meluru keluar untuk menampan serngan pemain gantian Brighton, Leandro Trossard.

Tempatnya diganti Adrian namun dia yang belum bersedia terus dibolosi oleh sepa kan percuma Lewis Dunk yang melepasi benteng Liverpool.

“Kami memasukkan penjaga gol yang beku,” kata Klopp.

“Semua yang duduk di sini nampaknya mungkin belum panas lagi, bayangkan kamu dikerah dalam masa singkat dengan jersi nipis dan sarung tangan, ia mungkin tidak cukup tebal untuk memanaskan kamu!

“Lepas tu ada pemain yang melakukan sepa kan percuma dan terus masuk, ia kelihatan seperti ada yang tertidur.

“Tapi kita tetap melawn – Adrian membantu menyelamatkan dua cubaan bahaya tapi dengan kakinya yang masih sejuk dia tidak berjaya menyepk dengan kuat seperti sepatutnya.”

Adrian menyelamatkan cubaan bahaya Aaron Mooy sebelum sekali lagi menafikan tandukan silang daripada Pascal Gross.

Liverpool bagaimanapun berterima kasih kepada dua jaringan Van Dijk, yang muncul calon hangat menerima anugerah Ballon d’Or di Paris esok.

“Saya sangat gembira dengan naluri yang dipamerkan pemain saya. Kad merah itu menjadikan kemenangan ini lebih istimewa,” kata Klopp. 

“Kami tidak memikirkan sangat jurang mata atau mengenai  perbezaan 11 mata. Leicester akan bermain esok (malam ini) jadi, ia mungkin menjadi lapan semula.

“Kami sudah memenangi 13 perlawnan tapi semuanya bukan mudah.

“Kami tidak anggap perlawnan ini mudah. Dalam beberapa perlawnan, kami tidak mahu dikhayalkan dengan perasaan bahawa kami adalah pasukan pilihan.”

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*