Messi paling layak dapat Ballon d’Or – Valverde

BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde percaya undian untuk pemenang anugerah Ballon d’Or seharusnya cukup mudah sambil menyatakan Lionel Messi paling layak menerimanya di Paris, esok.

Messi, 32, diramal menerima anugerah Ballon d’Or untuk kali keenam selepas berjaya mengharungi tahun cemerlang manakala pertahanan Belanda Liverpool, Virgil van Dijk juga disebut antara calon hangat memenanginya.

Valverde, yang bakal bertandang ke laman Atletico Madrid dalam saingan LaLiga malan nanti mengakui undian menentu siapa pemenangnya  tidak seharusnya berdepan masalah besar kerana Messi sememangnya diakui pemain terbaik dunia.

“Saya tidak mengikuti sangat perjalanan malam anugerah ini kerana ia terlalu lama. Undi saya adalah sama seperti yang anda pilih,” katanya dalam sidang media hari ini.

“Saya akan mengundi calon terbaik. Saban tahun ia berjalan begitu berdasarkan musim yang diharungi pemain.

“Tapi jika kamu mahu mengiktiraf yang terbaik, bagi saja anugerah itu kepada Messi dan masalah akan selesai.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*